28 keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah Height


Hulu Langat: Dua puluh lapan keluarga dari 19 rumah teres dua tingkat di Kemensah Height, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan tanah runtuh, hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.33 malam.


"Sepasukan anggota bomba bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba, kami mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian belakang 19 rumah di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya mengarahkan 28 keluarga berkenaan supaya keluar dari rumah masing-masing ke pusat pemindahan sementara bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini.


"Difahamkan kejadian runtuh berkenaan berlaku berikutan hujan pada petang tadi. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!