Barang kemas bernilai RM20,000 ditemukan dalam sisa kebakaran


Kota Bharu: Anggota bomba menemui barang kemas di dalam timbunan sisa kebakaran yang dianggarkan bernilai RM20,000 sebaik selesai memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat, di sini, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, terdahulu seramai 11 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Tunjong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 5.21 petang.


Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah dan terdapat empat penghuni ketika kebakaran.


Beliau berkata, tidak ada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.


"Akibat daripada kebakaran itu, 85 peratus bahagian rumah separa kekal itu terbakar, namun dengan tindakan pantas anggota, api berjaya dihalang dari terus merebak ke bahagian lain.


"Api dapat dikawal pada jam 5.41 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.23 petang. Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


El Taraff berkata, selepas operasi pemadaman, pihaknya melakukan penyerahan barangan kepunyaan keluarga mangsa yang ditemui sepanjang operasi dijalankan.


"Ketika menjalankan operasi pemadaman, anggota bomba menemui barang kemas seperti gelang, rantai, dan cincin di dalam timbunan sisa kebakaran.


"Kami menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada keluarga mangsa sambil disaksikan pihak polis," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!