Buruh cedera motosikal rempuh tapir melintas


Dungun: Buruh cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor tapir di Kilometer 90 Jalan Jerangau-Jabor di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11 malam ketika lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari arah Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) menghala ke Bukit Besi di sini.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor tapir tiba-tiba melintas menyebabkan penunggang terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di belakang badan dan kepala dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut, manakala tapir berkenaan mati.

"Motosikal jenis Yamaha 135 LC milik mangsa turut mengalami kerosakan teruk termasuk bahagian hadapan akibat rempuhan berkenaan," katanya.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!