Cedera ditimpa antena


Ampang: Malang menimpa seorang pekerja penyelenggaraan apabila cedera di bahagian kaki selepas dihempap antena di atas sebuah bangunan di Jalan Mawar, Taman Mawar, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.21 tengah hari tadi.

"Seramai lima anggota bomba bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di bahagian kaki akibat dihempap antena ketika berada di atas bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!