Dua maut dilanggar pacuan empat roda yang melawan arus


Shah Alam: Dua individu maut dipercayai dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat sini, awal pagi hari ini .


Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya dihubungi pada 1.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.58 pagi.


"Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.


"Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback, seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan, tersepit.


"Bomba mengambil masa selama setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


"Kedua-dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya ketika dihubungi, hari ini


Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


"Berdasarkan maklumat, mangsa maut, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 tahun dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19 tahun masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.


"Pemandu pacuan empat roda yang 24 tahun tidak mengalami secara kecederaan," katanya.


Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam diketuai Komander Operasi Kanan, Kamarul Zaman Abd Rani.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!