Dua penunggang maut kemalangan dengan kereta


Jeli: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Wakaf Zink di sini, hari ini selepas berlanggar dengan kereta yang membuat pusingan U.

Difahamkan, kedua-dua penunggang itu dalam perjalanan ke Kuala Krai bersama konvoi motosikal.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.11 pagi dan mangsa berusia 17 dan 31 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah Honda Civic dengan siasatan awal dipercayai berpunca daripada pemandu kereta berkenaan berusia 36 tahun yang dari arah Tanah Merah membuat pusingan U.

"Kenderaannya kemudian dilanggar tiga penunggang motosikal dari arah sama yang menyebabkan dua orang meninggal dunia.

"Seorang lagi penunggang yang berusia 17 tahun parah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, pemandu kereta berasal dari Gua Musang tidak cedera.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah dan mangsa maut akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!