Kantoi dalam almari



Kuala Lumpur: Bersembunyi di dalam almari dan tandas. Itu cubaan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia bagi mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa dalam operasi, hari ini.


Bagaimanapun, tindakan mereka dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di sekitar Balakong dan Kampung Sungai Kayu Ara di sini.


Dalam operasi yang bermula 10 malam tadi hingga 5.30 pagi ini, 27 pati termasuk tiga kanak-kanak ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal di negara ini melebihi tempoh dan pas lawatan tamat tempoh.


Pengarah Imigresen Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi berkenaan menggempur kediaman dan rumah kongsi dipercayai didiami warga asing berkenaan.


"Ketika serbuan dilakukan ada diantara mereka didapati bersembunyi di sebalik pintu tandas dan dalam almari pakaian. Namun semua mereka berjaya dikesan.


"Pemeriksaan mendapati semua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohama Syukri berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik rumah sewa dan pelindung kepada pati ini.


"Sekiranya terbukti mereka juga turut dikenakan tindakan undang-undang yang sedang berkuatkuasa termasuk didakwa di mahkamah.


"Dalam operasi ini semua pegawai dan anggota operasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan untuk mengelakjangkitan virus Covid-19 ketika melakukan pemeriksaan," katanya.


Menurutnya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Klinik Kesihatan bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di depot tahanan.


"JIM menasihatkan warga asing yang tiada kebenaran sah untuk tinggal di negara ini agar segera menyertai program Rekalibrasi pati yang sedang berlangsung sehingga akhir tahun ini.


"Semua mereka ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!