Kera serang kanak-kanak ditembak


Seremban: Kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang memaklumkan anak saudaranya mengalami kecederaan akibat gigitan seekor kera di halaman rumah dan dibawa ke hospital berhampiran.

"Bertindak atas aduan, anggota Jabatan Perhilitan ke rumah mangsa untuk melihat keadaan dan situasi di rumah terbabit.

"Semasa sampai di rumah mangsa, kera yang menyerang masih ada di pokok seberang jalan di hadapan rumah.

"Pihak jabatan menembak mati kera terbabit. Bangkai kera jantan dewasa kira-kira seberat lapan kilogram dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Mat berkata, kanak-kanak berkenaan masih lagi berada di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan ditahan di wad bagi rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan di belakang badan.

Menurutnya, Jabatan Perhilitan akan membantu keluarga mangsa dengan memohon mereka mengisi borang tabung serangan binatang buas.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!