Mengamuk di bumbung MPV: Lelaki direman empat hari


Gopeng: Lelaki yang memanjat dan melibaskan parang serta sabit di atas bumbung kereta unit peronda polis (MPV) di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan Balai Polis Gopeng, di sini, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 61 tahun itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi memaklumkan reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga 12 September.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki mengamuk dengan memanjat bumbung MPV polis sebelum melibaskan parang dan sabit berhadapan pintu masuk Balai Polis Gopeng.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu suspek memasuki kawasan Balai Polis Gopeng, Kampar dengan menunggang motosikal dan membawa parang serta sabit bersamanya.

Suspek bertindak keluar dari kawasan balai dan memanjat bumbung kenderaan unit peronda polis (MPV) serta melibas parang dan sabit yang dibawa bagi mengelakkan didekati polis sebelum akhirnya berjaya ditahan selepas bomba memancutkan air ke arah suspek.

Hasil ujian air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan heroin selaian mempunyai 16 rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!