Polis sita empat motosikal ubahsuai ekzos 'bising'



Bentong: Polis menyita empat motosikal kerana melakukan ubah suai ekzos dalam Op Khas Ekzos Bising di sekitar bandar ini, semalam.


Operasi berkenaan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong diketuai Inspektor Muhamad Ridwan Kassim.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya memeriksa 39 motosikal dan mengeluarkan 21 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.


Menurutnya, kesalahan itu termasuk tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut peraturan, lesen memandu tamat tempoh, tiada cermin sisi dan ubah suai kenderaan.


"Kita turut menyita empat motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos mengikut bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Mereka yang didapati melakukan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara enam bulan di bawah Kaedah 103 iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959," katanya.


Katanya, pihaknya akan meneruskan Op Khas Ekzos dari semasa ke semasa bagi mengesan motosikal yang mengubahsuai ekzos termasuk kesalahan lain.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!