"Kekasihku, semoga Tuhan melindungi kamu, menyembuhkanmu, dan memulihkanmu," tulis Puteri Rima di Twitter.
Di dalam klip yang dimuat naik itu, kelihatan Putera Al Waleed diberi bantuan mesin sokongan hayat dengan badannya diselimuti bendera Arab Saudi tertera tulisan 'Negara Kita di Hati Kita'.
Bapanya, Putera Khaled, berharap anaknya akan pulih sepenuhnya.
"Seseorang bertanya kepada saya, mengapa anda tidak mencabut bantuan oksigen daripada anak anda?
"Saya menjawab bahawa jika kehendak Tuhan dia mati dalam kemalangan itu, maka anak saya akan berada di kuburnya," katanya.
Oktober tahun lalu, Puteri Noura Talal, memuat naik video Putera Al Waleed, menggerakkan jarinya.
Dia memberi respons kepada sapaan dengan menggerakkan jari beberapa kali dan mengangkatnya lebih tinggi selepas diminta berbuat demikian.
"Putra kesayangan yang dikasihi, segala puji bagi Allah, yang menghidupkan siapa yang dikehendaki dengan perintah-Nya.
"Segala puji bagi Tuhan, yang memulihkan kesihatanmu, jadi jangan putus asa dengan kuasa Tuhan," tulisnya.
- HMetro