Seorang lelaki meninggal dunia selepas main badminton


Pendang: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas selepas bermain badminton di sebuah dewan di Tokai, hari ini.


Dalam kejadian sekitar jam 8 malam tadi, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dikatakan duduk bersandar pada dinding di dewan itu sebaik mengalami sesak nafas.


Bagaimanapun dia tiba-tiba tidak sedarkan diri menyebabkan rakannya menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah mengesahkan kejadian itu dan berkata, pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku terhadap lelaki terbabit.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menjalani ujian calitan Covid-19 sebelum tindakan lanjut dilakukan.


"Kita akan menunggu laporan daripada pihak hospital untuk mengesahkan punca kematiannya," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!