Uncle Kentang dah bagi pinjam kereta, awak pandulah elok-elok


Kuala Lumpur: "Bila kita dapat sesuatu bantuan, sepatutnya perlulah dihargai dan dijaga dengan baik," kata aktivis sosial, Kuan Chee Heng.


Kuan, 57, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memberi respon itu selepas diminta mengulas mengenai insiden satu daripada kereta bantuan miliknya yang rosak akibat kecuaian peminjam.


"Teguran ini juga ditujukan kepada semua yang meminjam kenderaan kami supaya menjaga dan memandulah dengan baik.


"Bukanlah saya marah kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja, tetapi alasan baca mesej sambil memandu tidak boleh diterima," katanya dihubungi hari ini.


Menurutnya, setakat ini, pihaknya mempunyai 20 kereta bantuan yang diberi pinjam secara percuma untuk kegunaan golongan yang memerlukan menambah pendapatan.


"Kita beri pinjam kereta itu untuk dia buat penghantaran, supaya ada sedikit pendapatan. Tetapi tidak sangka, semalam kita bagi, esok sudah rosak.


"Apabila jadi macam ini, kita yang perlu tanggung kos, memanglah boleh tuntut insurans tetapi tidak moleklah," katanya.


Terdahulu, beliau memuat naik hantaran gambar kereta yang rosak akibat terbabit dalam kemalangan dengan mesej ringkas.


Perkongsian itu turut menimbulkan pelbagai reaksi ramai yang kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab penerima bantuan terbabit.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!