Maut ketika berkonvoi



Sepang: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.05 petang berhubung kejadian.


Katanya, laporan awal mendapati dua motosikal terbakar 90 peratus ketika mengadakan aktiviti konvoi.


"Kemalangan itu membabitkan dua mangsa dan seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan, "katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!