Penghantar makanan terperangkap 15 minit dalam bank



KUALA SELANGOR – Seorang penghantar makanan terperangkap selama 15 minit di bahagian mesin pengeluaran wang (ATM) selepas pintu bank terkunci secara automatik dalam kejadian di sebuah bank di Tanjong Karang, tengah malam tadi.


Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.31 tengah malam dengan mangsa berusia 18 tahun.


Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Tanjong Karang telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.41 pagi dan tiba seminit kemudian.


“Berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa datang ke bank tersebut bagi mengeluarkan wang dari mesin ATM tersebut dan kemudiannya pintu di ruangan mesin ATM itu terkunci secara automatik.


“Pasukan bomba kemudiannya menghubungi pihak bank sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dengan bantuan daripada pegawai bank tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Jelas beliau, tiada sebarang kerosakan pada pintu bank tersebut dengan operasi ditamatkan pukul 12.46 pagi .


 -K!ONLINE



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!