Wanita sesak nafas, pengsan ketika daki Bukit Tunggal



Kampung Gajah: Seorang wanita terpaksa dibawa turun dengan bantuan anggota bomba ketika mendaki Bukit Tunggal di sini, hari ini selepas mengalami sesak nafas dan pengsan.


Terdahulu, wanita berusia 36 tahun itu melakukan aktiviti rekreasi di bukit berkenaan bersama keluarganya.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan kecemasan jam 8.50 pagi.


"Anggota bomba menaiki pacuan empat roda milik orang awam sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) dari kaki bukit untuk membawa turun mangsa.


"Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Gajah untuk rawatan lanjut," katanya.


Operasi yang diketuai Megat Mohd Dahari Megat Jamaludin itu tamat jam 11.40 pagi.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!