Biawak 'tunjuk' mayat wanita



Dungun: "Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat ia memang mayat manusia," kata Mohd Shahrul Abdul Wahab mengenai penemuan mayat wanita dalam alur sungai di Kampung Kuala Abang di sini, petang hari ini.


Menurutnya, pada mulanya ia ditemukan oleh anak saudaranya yang berusia 12 tahun pada 3 petang ketika bermain di kawasan alur terbabit.


"Sebelum kejadian, anak saudara saya ternampak sekumpulan biawak di kawasan alur terbabit.


"Ketika turun di tebing alur terbabit, dia terkejut apabila ternampak mayat manusia sebelum dia menghubungi saya untuk pengesahan.


"Sebaik saya tiba di lokasi, saya dapati ia mayat wanita berdasarkan baju kurung yang dipakainya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Dungun untuk memaklumkan penemuan mayat terbabit.


Katanya, anak saudara mendakwa dia terserempak dengan wanita termenung di bawah sebatang pokok berhampiran tempat kejadian pada 7.30 pagi semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.


Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Normaini Mamat, 43, dari di Kampung Batu Tiong, dekat sini dan mayatnya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.


"Ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis berhubung kehilangannya hari ini selepas mendakwa wanita itu tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.


"Polis sudah memanggil ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman dan mengesahkan ia adalah mayat ahli keluarganya yang dilaporkan hilang," katanya.


Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!