Budak berbasikal nyaris dilanggar ketika melintas



PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak yang sedang menunggang basikal melintas jalan secara melulu nyaris menyebabkan kemalangan dengan sebuah kenderaan.


Aksi bahaya kanak-kanak tersebut telah dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia dimuat naik di laman Facebook Dashcam Onwer Malaysia.


Menerusi rakaman berdurasi 16 saat itu, kelihatan sebuah basikal yang sedang ditunggang seorang kanak-kanak berbaju kuning secara melulu melintas jalan.


Aksi tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan kerana ketika itu kenderaan perakam dipandu dalam keadaan perlahan serta jalan raya agak lengang.


Difahamkan kejadian itu dirakam di sebuah kawasan di Kota Tinggi, Johor pada Ahad lalu.


Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen yang menasihatkan remaja terbabit supaya berhati-hati ketika melintas jalan.


“Umur adik masih panjang, nasib baik kereta itu perlahan, cuba bayangkan kalau kereta itu laju, mungkin adik kini berada di hospital atau kubur,”tulis Lutpi Omar.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Dewi.


“Ibu bapa perlu pantau anak mereka, bila terjadi kemalangan mulalah salahkan orang lain, sedangkan salah anak mereka.


“Pengguna dashcam juga amat perlu ketika ini supaya ia menjadi bukti apabila berlaku kes kemalangan,” ujarnya.


-K! ONLINE




LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!