Calon SPM parah jatuh tingkat 4



KULAI – Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan cedera parah selepas dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah sekolah di daerah ini dalam kejadian pada Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berlaku pada pukul 1.26 tengah hari.


“Pada 16 November lalu, pihak kami menerima panggilan memaklumkan seorang pelajar pe­rempuan berusia 17 tahun terjun dari bangunan sekolahnya.


“Siasatan awal mendapati mangsa bertindak demikian selepas selesai ujian. Remaja tersebut dikatakan pergi ke koridor bangunan tingkat empat sebelum bertindak terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Mangsa yang cedera parah ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut.


Kejadian itu menyebabkan remaja tersebut cedera di bahagian kepala dan muka selain patah kedua-dua belah tangan.


Mangsa yang dipercayai me­ng­alami tekanan dipercayai akibat masalah peribadi turut mengalami kecederaan dalaman.


Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk mendapatkan rawatan.


“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut,” katanya.


Kes disiasat mengikut Sek­syen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!