Cemas kereta dihempap pokok ketapang



Klang: Sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila kereta dihempap pokok ketapang ketika melalui Batu 1, Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor, awal pagi tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan diterima pada jam 6.16 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebatang pokok ketapang dianggarkan setinggi 9.1 meter menghempap sebuah Perodua Myvi dinaiki pasangan berkenaan bersama anak mereka.


"Pasangan berkenaan yang berusia 20-an serta anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri daripada kereta sebelum bomba tiba.


"Pasukan kemudian memotong batang pokok serta mengalihkan ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!