'Dia selalu cakap ada orang cari'



Ipoh: "Dia (suspek) selalu kata ada seseorang datang mencarinya dan lalu lalang di kawasan ini tetapi kami tidak pernah nampak orang seperti yang dikatakan itu," kata A Lingam, 37, jiran kepada wanita warga emas yang maut dipercayai dibunuh anak saudara di rumahnya di Kampung Cina Menglembu di sini, hari ini.


Malah, katanya, baru-baru ini saudara jirannya memberitahu suspek tiba-tiba mendakwa ada orang mahu mengancam membunuhnya.


"Jika berjumpa, dia hanya akan bercakap sepatah dua, selain kerap mengatakan ada orang datang mencarinya," katanya


Lingam berkata, mangsa dan suspek dikatakan kurang bercampur dengan jiran berdekatan.


"Kalau mahu meminta apa-apa bantuan baru dia datang ke rumah kami.


"Dia (suspek) memang tidak banyak bercakap, tetapi dia tidak pernah pula datang mengugut atau mengancam kami semua," katanya.


Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah, namun keluarga yang berada di rumah juga tidak mendengar sebarang perkara luar biasa di rumah berkenaan.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak saudara.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!