Kereta pegawai kastam terbakar dipercayai angkara khianat



Klang: Kereta milik pegawai kanan kastam musnah terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat di sebuah pusat mencuci kenderaan di Taman Pandamaran Permai di sini, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi.


"Berdasarkan maklumat awam, siasatan mendapati kereta milik mangsa yang berumur 50-an berkenaan sebelum itu dibaling cat di persimpangan lampu isyarat.


"Mangsa yang juga seorang pegawai kastam kemudiannya membawa keretanya itu untuk dicuci di pusat mencuci kenderaan terbabit sebelum terbakar.


"Polis menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes berkenaan termasuk berkaitan unsur khianat. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan memadamkan kebakaran terbabit.

"Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati kereta Proton X70 di dalam pusat cuci kenderaan itu terbakar 90 peratus dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam kebakaran itu.

"Turut terbakar bumbung premis berkenaan bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua yang berada di lokasi termasuk pekerja sempat lari menyelamatkan diri," katanya.

Terdahulu, kejadian kenderaan terbakar itu tular di media sosial sejak tengah hari tadi yang dikaitkan dengan perbuatan khianat.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!