Mayat pesara ditemui dalam kereta



GEORGE TOWN – Mayat seorang pesara lelaki ditemui di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah premis berdekatan Kondominium Golden Triangle, Relau di sini pagi tadi.


Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam yang berada di situ sebelum menghubungi pasukan polis untuk tindakan lanjut.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pasukannya menerima panggilan untuk bantuan membuka pintu kereta daripada pihak polis pada pukul 10.37 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba kurang 10 minit kemudian.


“Terdapat seorang mangsa lelaki yang lengkap berpakaian kemeja-T berwarna merah dan berseluar pendek berada dalam keadaan tidak sedar di kerusi pemandu.


“Ketika itu, enjin kereta berkenaan masih dihidupkan dan berada dalam keadaan berkunci. Anggota memulakan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah jurucakap itu lagi, operasi menyelamat tersebut tamat sepenuhnya pada 11.28 pagi. 


– K! ONLINE.



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!