Roy cedera selepas terjatuh ketika ambil wuduk



Kuala Lumpur: Penyanyi Roy, 57, kini terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.


Roy, 57, atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi mengesahkan perkara ini kepada wartawan Garasi TV, Syahril Kadir.


Menurut Syahril, penyanyi lagu Ratnaku itu sudah hampir tiga minggu berada di wad kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.


"Berkemungkinan besar Roy tidak mampu lagi mencari rezeki melalui 'busking' untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan," katanya.


Januari lalu, Roy pernah dijangkiti Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai 'buskers' di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!