Sempat tutup mayat ibu sebelum keluar rumah



GURUN – Warga emas yang maut dikelar anak sendiri di Kampung Batu 5, Jalan Jeniang di sini pernah beberapa kali diingatkan agar berhati-hati dengan anak bongsunya itu kerana dipercayai telah lama menagih dadah.


Menurut Mohd. Saad Din, 80, sejak berkahwin dengan Sarah Jon, 70, kira-kira 10 tahun lalu, isterinya kerap bergaduh dengan suspek terutamanya membabitkan wang.


“Anak tiri saya selalu minta wang daripada ibunya untuk membeli dadah dan jika tidak diberi, dia akan mengamuk dan merosakkan barang rumah.


“Sebelum ini, saya telah beberapa kali mengingatkan isteri supaya berwaspada dengan anaknya itu dan hari ini, amaran saya itu menjadi telah kenya­taan,” katanya di lokasi kejadian.



Mohd. Saad tinggal seorang diri di Taman Bujang di Merbok, manakala isterinya tinggal bersama anak tirinya itu di kampung berkenaan.


Kata Mohd. Saad, dia hanya pulang ke rumah dua hari sekali untuk menghantar makanan dan keperluan harian isterinya.


“Hubungan saya dengan suspek tidak rapat, saya sering memarahinya kerana dia tidak mahu bekerja sedangkan ibunya masih menoreh getah,” ujarnya.



Sementara itu, anak saudara mangsa, Shahidah Rosli, 33, yang tinggal berdekatan berkata, dia terkejut apabila melihat darah sebaik membuka pintu rumah ibu saudaranya itu semalam.


“Saya pulang ke rumah untuk memaklumkan kepada ibu saudara berkaitan kemalangan yang menimpa anaknya itu.


“Alangkah terkejut apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah. Saya kemudian panggil suami dan mentua untuk membuka kain yang telah menutup mayat mangsa,” ujarnya.


Dakwanya, mereka juga sering mendengar dua beranak itu bergaduh kerana wang.


-K! ONLINE



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!