Budak 10 tahun meninggal di sisi ibu



Bentong: Kanak-kanak lelaki 10 tahun maut di sisi ibunya apabila motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 1, Jalan Bentong-Karak. 


Kejadian 1.30 tengah hari itu membabitkan motosikal, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori membawa muatan balak.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika kejadian, seorang wanita berusia 28 tahun menunggang motosikal dan membawa anak lelakinya berusia 10 tahun.


Beliau berkata, dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Bandar Bentong menuju ke rumah mereka di Benus.


"Semasa di lorong kanan, wanita terbabit gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar belakang sebuah MPV dan menyebabkan mereka terjatuh, lalu masuk ke laluan sebelah kiri.


"Pada masa sama, sebuah lori yang membawa muatan kayu balak dari arah belakang tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu terlanggar budak itu yang berada di atas jalan," katanya.


Beliau berkata, akibatnya, kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.


Bagaimanapun katanya, mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.


Zaiham berkata, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sehubungan itu, pihaknya meminta saksi yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!