Maut kemalangan depan tempat kerja



BALING – Seorang pembantu stesen minyak maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Baling-Kupang di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa, Jamal Mansor, 35, meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dirempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor di hadapan stesen minyak tempat dia bekerja.


Katanya, motosikal yang ditunggangi mangsa berada di tengah jalan untuk masuk ke sebuah stesen minyak di sebelah kanan jalan arah ke Kupang.


“Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan ternampak mangsa lalu mengelak ke kanan jalan arah ke Baling, namun pada masa sama mangsa juga turut mengelak ke kiri arah ke Kupang.


“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan pacuan empat roda tersebut bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa di laluannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Pemandu dan penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda tidak cedera dan hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera ringan,” jelasnya.


Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan l987. 


– K! ONLINE.



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!