Penunggang motosikal patah tangan dilanggar kereta lawan arus



Kuala Lumpur: Lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu melawan arus di Jalan Kerinchi. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan itu berlaku di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai menghala ke Lebuhraya Persekutuan pada 10.30 pagi.


"Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun bergerak dari arah Jalan Pantai Permai menghala ke Lebuhraya Persekutuan masuk laluan bertentangan.


"Sebaik tiba di lokasi, kereta berkenaan bertembung dengan sebuah motosikal yang berada di lorong paling kanan," katanya dalam satu kenyataan. 


Zulkefly berkata, penunggang motosikal berusia 42 tahun itu terjatuh di atas jalan raya dan patah tangan kanan.


"Menurut pemandu kereta itu, dia tidak perasan termasuk ke jalan yang salah dan hanya menyedari perkara itu selepas berlaku kemalangan.

"Penunggang motosikal yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan," katanya.

Menurut Zulkefly, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, satu video berdurasi 22 saat menunjukkan kemalangan terbabit tular di media sosial. 


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!