Remaja maut motosikal terbabas



Jasin: Seorang remaja lelaki maut akibat parah di kepala selepas tercampak daripada motosikal diboncengnya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 5, Jalan Bemban-Tehel di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Muhammad Azhar, 15, pelajar Madrasah Bustaulum Abu Bakar Ayer Merbau di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang menunggang motosikal itu berusia 18 tahun parah di dada dan dirawat di Hospital Jasin.


Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang rakan mangsa hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!