‘Rider’ disondol, langgar lampu merah



PETALING JAYA – Kecuaian dengan sengaja melanggar lampu isyarat mampu mengundang bahaya buat semua pengguna jalan raya.


Menerusi satu hantaran Chester Chong di Facebook, beliau memuat naik satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan satu kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta.


Klip video berdurasi satu minit 20 saat itu menunjukkan, kejadian malang itu bermula apabila penunggang motosikal yang juga penghantar makanan itu melanggar lampu isyarat yang bewarna merah sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.


Namun, masa serta lokasi sebanar kemalangan tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.


Rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan penunggang motosikal itu yang sengaja mencari nahas.


“Kebodohan yang dipilih, bila kemalangan, buat muka kesian, cari makan dekat anak dan isteri. Habis orang lain cari apa, cari penyakit ke.


“Saya dah banyak kali jumpa jenis macam ini, bila ditegur ditengkingnya kita. Anak muda semakin menjadi sampah,” kata Fakir Ahmad.


“Terang-terang lampu isyarat tengah sibuk, suka juga nak langgar lampu isyarat. Kadang tak fahan dengan penghantar makanan muda-muda ini,” jelas Shamsuri Wahab.


Sementara itu, Sinn Dhamm berkata, masih ramai penunggang motosikal yang tidak mahu ambil iktibar atas kejadian-kejadian sebegitu. 


– K! ONLINE.



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!