Sampai terkulai kakinya



KEMALANGAN membabitkan seorang penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin, pagi tadi menarik perhatian netizen selepas foto keadaan kaki kirinya dalam keadaan terkulai, tular di media sosial.


Dalam foto terbabit, keadaan mangsa memakai baju warna hitam dan berseluar panjang terbaring di tengah jalan raya sambil menahan kesakitan, manakala kaki kiri remaja itu yang terkulai kelihatan berada di bahunya.


Difahamkan kemalangan itu berlaku di Kilometer 25.5 Jalan Jasin-Bemban, di sini, pada 8.10 pagi hari ini, membabitkan mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal Honda C70 dan Proton Persona dipandu seorang wanita 25 tahun.


Ketika kejadian, penuntut tahun tiga kursus Pendawaian Elektrik itu, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Chenderah untuk ke tempat latihan industri sebuah syarikat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.


Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati Proton Persona terbabit datang dari arah Taman Air Merbau menghala ke Klinik Desa Air Merbau.


"Ketika sampai di depan Klinik Desa Sri Merbau, pemandu Proton Persona itu memberhentikan kenderaan yang dipandu di bahu jalan. Wanita itu melakukan pemeriksaan bagi melihat jika ada kenderaan lain di belakang sebelum membuat pusingan U untuk ke Klinik Desa Air Merbau di sebelah kanan jalan.


"Bagaimanapun, ketika membuat pusingan U, Proton Persona dipandunya dilanggar motosikal remaja terbabit," katanya.


Arshad berkata, akibat kemalangan itu remaja terbabit patah kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk diberi rawatan lanjut manakala pemandu Proton Persona pula tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Kes disiasat mengikut Rule 13 LN 166/59 iaitu membuat pusingan U selain dari tempat yang dibenarkan, susulan kemalangan ini kami minta kerjasama saksi untuk tampil bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!