Tak jumpa mangsa kemalangan, rupanya di bumbung



Bachok: Seorang remaja melambung ke bumbung bengkel kereta selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, melambung pada ketinggian lebih tiga meter apabila motosikal ditunggang bertembung sebuah Honda Civic.

Pemilik bengkel, Abdul Sukri Mohamad, 59, berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki kereta sebelum terdengar dentuman kuat dan melihat sebuah kereta dan motosikal terbabas di pagar rumahnya.

Katanya, ketika memeriksa kedua kenderaan itu, penduduk kampung hanya menemui pemandu kereta namun tidak menemui penunggang motosikal yang hancur.

"Kami mencari-cari pemandu motosikal di sekitar kawasan kemalangan namun hairan kerana tidak menemui mangsa.

"Beberapa minit kemudian, barulah ada bunyi orang bergerak atas bumbung dan saya menyedari mangsa kemalangan berada atas bumbung bengkel saya," katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan, di sini, hari ini.



Katanya, kerana ketinggian bumbung, penduduk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba untuk menurunkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.32 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama 11 anggota daripada agensi penyelamat lain seperti polis, APM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabit dalam tugas menyelamat mangsa kemalangan.

"Kami mengambil masa 10 minit menggunakan tiga unit tangga, satu unit pengusung dan tali pengikat untuk menurunkan mangsa yang tercedera," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Civic dipandu lelaki berusia 36 tahun dari Melor cuba memotong Perodua Kancil namun bertembung motosikal arah bertentangan.

Menurutnya, kejadian menyebabkan penunggang motosikal melambung atas bumbung dari jarak lima meter manakala kereta merempuh pagar bengkel.


- HMetro 




LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!