Tauke pasembur sulam dadah



Kulim: Jual pasembur sulam dadah. Itu dilakukan seorang lelaki yang mencari pendapatan sampingan mengedar dadah dengan berselindung sebalik perniagaan gerai makanan diusahakannya, di sini, sejak hampir setahun lalu.


Malah, bukan sahaja mengedar dadah lelaki berusia 40 tahun berkenaan turut dikesan 'melayan' kepala dengan menghisap syabu bersama isterinya berusia 30 tahun yang berasal dari Indonesia.

Perbuatan suami isteri terbabit terbongkar apabila sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melakukan serbuan di sebuah rumah di Labu Besar, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, serbuan hasil risikan dan maklumat awam itu dilakukan jam 4 petang dan pihaknya berjaya merampas dua paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 925 gram (g) dan lapan paket plastik disyaki mengandungi syabu seberat 660 g.


"Ujian air kencing mendapati suami isteri terbabit positif methamphetamine dan kita turut menyita sebuah Toyota Camry, skuter Yamaha Avantiz dan wang tunai RM764.


"Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki mempunyai rekod lampau bersabit kes mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1957 manakala isterinya yang tidak bekerja didapati sudah luput tempoh pas lawatan sosial pasport," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.


Menurutnya, suspek didapati mengedar dadah kepada pelanggan dikenalinya sahaja dan dengan cara itu ia membolehkan dia mendapat wang tambahan selain menjual pasembur diusahakannya.


"Pasangan berkenaan kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dalam perkembangan sama, Sazalee berkata pihaknya berjaya menahan 12 lelaki berusia 19 hingga 53 tahun dalam Op Tapis Khas sekitar Padang Serai dan Lunas, semalam.


Menurutnya, operasi bermula jam 7 pagi dan berakhir lima jam kemudian itu berjaya membawa kepada penahanan seorang tokan dadah manakala selebihnya adalah penagih di dua kawasan terbabit.


"Tokan berusia 33 tahun itu didapati mempunyai tujuh rekod lampau bersabit kes dadah dan kita turut merampas 16.5 g heroin yang dipercayai untuk diedar suspek," katanya.


Menurutnya, dalam semua operasi terbabit polis berjaya merampas dadah bernilai RM33,738.50 manakala harta yang disita milik suami isteri terbabit pula berjumlah RM39,364.


- HMetro 




LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!