Warga emas maut kemalangan



WARGA emas Ramalah Ablasam, 72, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 4, Jalan Ampang Tinggi, Kuala Pilah. 


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian jam 3.50 petang itu, mangsa memandu Perodua Kancil dari Ampang Tinggi menuju pekan Kuala Pilah bersendirian.


Katanya, setibanya di lokasi kereta itu hilang kawalan, terbabas dan memasuki laluan bertentangan.


“Kereta terbabit merempuh masing-masing sebuah Proton Iswara dan Perodua Myvi.


“Mangsa maut di lokasi akibat parah di kepala serta badan,” katanya. 


Haslah berkata, pemandu Perodua Myvi, Nor Aina Mardhiah Zainuddin, 27, dan seorang anak perempuan cedera.


Pemandu Proton Iswara, Mohamad Fadil Rozi, 31, isteri dan anak perempuan tidak cedera.


“Mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk tindakan lanjut. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!