Ajal suami isteri



SUAMI isteri meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34.4 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya. 


Dalam kejadian 11.48 malam itu, mangsa, Mohamad Hassrul Nizzam Omar, 28, dan isterinya, Nur Haziqah Adam, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong kecemasan di kiri laluan.


"Kemalangan menyebabkan mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan.


Azman berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


"Kami juga sedang mengesan jika kemalangan itu ada membabitkan kenderaan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 0194642222," katanya.


- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!